Thursday, September 4, 2008

Kampung Sungai Setanggok

Salam,
AlhamdulilLah hari ini saya dapat maklumat terbaru ihsan dari julak inul cindul dari Parit Gabis, Bagan Serai. Kemungkinan kampung yang dimaksudkan tempat bermukim keluarga Tamin di daerah Kerian, Perak itu adalah kampung Sungai Setanggok. Abah julak inul adalah kelahiran di kampung Sungai Setanggok ini. Terima kasih julak inul...

Apabila nama kampung Sungai Setanggok ini saya khabarkan kepada bapa saudara saya, Muhammad bin Tamin di Singapura petang tadi, barulah beliau teringat...iaitu pondok kecil kediaman mereka itu. Pondok kecil itu adalah ihsan orang yang berada di kampung itu. Mungkin haji Ijam @ Ajam. Pak cik Muhammad tak ingat sangat kerana ketika bermukim di sana umurnya hanya 5/6 tahun....

Beliau ingat bahawa dari pondok kecilnya ke Sungai Gadung adalah kira-kira beberapa kilometer berjalan kaki...

Sekian dahulu, wassalam

Monday, September 1, 2008

Kisah Tamin dan Jamhori di kampung sekitar Sungai Gedung, Perak

Salam,
AlhamdulilLah dan diucapkan selamat berpuasa dan menghayati ramadhan yang penuh keberkahan

Sebagaimana ditulis pada tajuh kisahku... sekitar tahun 1942, Tamin bersama isteri Jamhori binti Haji Hashim serta anak-anaknya Rahmah (dan suami Mukhtar) , Esah, Durani dan Muhammad telah berhijrah dari Parit Berayang, Batu Pahat ke kampung di sekitar Sungai Gadung, daerah Kerian, Perak iaitu arah ke Semanggol, kerana bertani menanam padi. Nama sebenar kampung itu saya belum dapat maklumat...apakah ada perkampungan parit ampat, di kawasan ini...

"maklumat terbaru yang saya terima ihsan dari julak inul cindul dari parit gabis, bagan serai kemungkinan kampung yang saya maksudkan ialah kampung sungai setanggok, sungai gedung....kerana abahnya kelahiran di kampung ini..."

Di sini mereka telah dibantu oleh keluarga Haji Ajam @ Ijam. Namun saya rasa nama ini adalah nama panggilan sahaja di kampung sekitar Sungai Gadung itu (maklumat terbaru harus kampung Sungai Setanggok). Maklumat terkini yang saya perolehi ada satu keluarga lagi yang berbudi dan bermurah hati membantu keluarga Tamin ini semasa mereka di kampung ini adalah keluarga Pak Haji Kachil.

Keluarga Tamin ini bermukim di kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung ini sekitar antara tahun 1942 sehingga tahun 1947 iaitu hanya kira-kira 5 tahun. Mereka bertani menanam padi dan lain-lain kerja kampung. Dan oleh kerana Tamin ini ketika itu sedikit sebanyak pandai membaca dan menulis maka beliau antara yang diharafkan oleh kalangan penduduk kampung tersebut yang memerlukan bantuannya seadanya. Manakala nenek saya Jamhori binti Haji Hashim ini pandai mengaji al-Qur'an. Maka selain mengerjakan tanah sawah 'sekangkang kera' milik mereka, nenek Jamhori juga mengajar anak-anak kampung di kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung ini mengaji al-Qur'an iaitu sekitar antara tahun 1942 sehingga 1947.

Dengan ini sekiranya ada orang-orang tua kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung yang pernah belajar mengaji al-Qur'an dengan nenek Jamhori ini semasa zaman kanak-kanak mereka dan pernah berkawan dengan Esah, Durani dan Muhammad, harus dapat saya bersilaturrahim dengan mereka, dan mendapatkan maklumat mengenai keluarga Haji Ajam dan Haji Kachil serta mendapatkan maklumat dimana datuk saya Tamin dikuburkan, kerana Tamin ini meninggal dunia di kampung sekitar Sungai Gadung tersebut sekitar tahun 1945/1946.

Setelah Tamin meninggal dunia, Jamhori menyara anak-anaknya dengan menjual beras cupak di tepi jalan arah ke Semanggol, di Sungai Gadung sehingga sekitar tahun 1947 dimana beliau sekeluarga kembali semula berpindah ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor. Dikhabarkan tanah sawah 'sekangkang kera' milik mereka diserahkan kepada keluarga Haji Kachil untuk mengerjakannya. Manakala anak tirinya Rahmah dan suami Mukthar serta anak perempuan mereka balik semula ke Banua Banjar...

Harapan saya jika para pengunjung blog ini yang masih mempunyai keluarga yang tua di Kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung arah ke Semanggol, Kerian, Perak ini, sudilah kiranya menanya-nanyakan berkenaan Tamin dan isterinya Jamhori ini, dapatlah kita menyambung silaturrahim, biiznilLah

Dan dapatlah kiranya menghubungi saya di ibnutamin@yahoo.com atau hp: 013-7376958 atau 07-6996044 (pej.) , sekiranya mendapat maklumat mengenai mereka, dan di atas usaha tuan/puan ini muga dirahmatiNya dan dipermudahkan, insyaAllah

Sekian dahulu, wassalam