Sunday, August 31, 2008

Salasilah Keturunan Tamin di Malaysia dan Singapura

Assalamu'alaikum,
Disini saya menyambung akan salasilah keturunan datuk saya Tamin bin Marin yang ada di Malaysia dan Singapura yang saya tahu.

Sebagaimana diketahui dari tulisan saya pada tajuk kisah ku, Tamin semasa merantau ke Batu Pahat, Johor turut membawa anak sulungnya Rahmah dan menantunya Mukhtar. Rahmah ini dari isteri pertama Tamin yang ditinggalkan di Banua Banjar bersama anaknya yang lain. Maklumat terkini yang saya perolehi adalah samada dari daerah Kandangan atau daerah Rantau, Kalimantan

Sebelum ke Batu Pahat mereka singgah ke Kuala Tungkal dimana Tamin telah menikahi Jamahori @ Jamhoriah @ Jamania binti Haji Hashim. Seterusnya meneruskan perantauan ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor

Hasil perkahwinan Tamin dan Jamhori ini telah melahirkan Basri dipanggil Babas meninggal dunia ketika bayi/kecil, Esah, Durani, Muhammad. Kisah perantauan Tamin ke Perak telah ditulis pada tajuk kisah ku, pada tajuk ini saya akan terus saja menulis berkenaan anak-anak dan cucu-cucunya sahaja yang ada di Malaysia dan Singapura.

Setelah Tamin meninggal dunia di kampung sekitar Sungai Gadung, jalan arah ke Semanggol, Kerian, Perak, iaitu tahun 1945/46, maka pada tahun 1947 , nenek Jamhori bersama anak-anaknya Esah, Durani dan Muhammad berpindah semula ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor.

Manakala anak tiri Jamhori iaitu Rahmah dan suaminya Mukhtar serta anak perempuan mereka yang lahir tahun 1942/43 telah kembali semula ke Banua Banjar, di daerah Kandangan...

Esah atas nasihat cucu kepada Haji Mukhtar disuruh untuk belajar menjahit di Singapura pada tahun 1950.

Haji Mukhtar ini adalah orang alim yang turut terlibat dalam penyediaan para ahli sabil selendang merah keturunan banjar yang dipimpin oleh Panglima Salleh, dalam perang ke atas pengganas kominis di Batu Pahat sekitar tahun selepas perang Jepun. Terkini cucu haji Mukhtar ini iaitu encik Fakri aktif dalam menjejaki salasilah keluarganya di Malaysia, Sumatera dan Banua Banjar...

Di Singapura inilah, Mak Cik Esah menikah dengan Encik Khoshni bin Arsyad yang asal dari Tembilahan. Perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Bustamam, Hasbullah, Syafie dan Suhaimi. Kesemua mereka adalah warganegara Singapura. Pada tulisan akan datang akan dimuatkan cucu-cicit Tamin daripada anaknya Esah ini, insyaAllah

Muhammad pula atas nasihat seorang cikgunya di Batu Pahat, disuruh menyambung belajar ke Singapura tahun 1953. Di Singapura ini Muhammad bertemu jodoh dengan Asnah binti Salim bin Osman, orang boyan. Perkahwinan mereka dikurniai empat anak iaitu Masran, Masri, Masron dan Maslina. Mereka juga ada mengambil anak angkat iaitu Rokiah binti Muhammad. Kesemua mereka adalah warganegara Singapura. Pada tulisan akan datang akan dimuatkan cucu-cicit Tamin daripada anaknya Muhammad ini, insyaAllah

Nenek Jamahori kemudiannya berhijrah mengikuti anaknya Esah di Singapura, dan meninggal dunia di Singapura tahun 1974/75.

Manakala Durani telah menikah dengan Khatijah binti Basri dan terus menetap mengerjakan kebun di Parit Berayang. Di Parit Berayang, Parit Jatuh, Batu Pahat ini Durani ada seorang guru agama bernama Haji Othman, semasa artikel ini ditulis, 24/09/09 masih ada di Parit Berayang, Batu Pahat. Perkahwinan mereka ini dikurniakan empat anak iaitu Abdul Rahman (1953), Habibah, Ahmad (1958) dan Aman. Namun, mereka telah bercerai sekitar tahun 1961/62.

Abdul Rahman menikah dengan Saniah binti Haji Rahmat bin Haji Kadri Bin Haji Manaf, dari asal dari Parit Tabur, Parit Khalid, Mukim 6, Batu Pahat kemudian pindah ke Felda Sungai Sayong. Dan dikurniai empat anak iaitu Khairil Anuar, Khairizan, Khairuddin dan Khairil Izuan.

Habibah menikah dengan Bedu Rahman bin Sulaiman, dikurniai empat anak iaitu Azman, Norlida, Azlan dan Azura.

Ahmad menikah dengan Fatimah binti Hasyim, dikurniai tiga anak iaitu Saiful Akram, Shamsul Idham dan Shahrul Izrin. Namun, mereka bercerai beberapa tahun setelah kelahiran Izrin.
Ahmad bernikah sekali lagi dengan Fauziah binti Haji Sailin dari kampung Tenggayun, Batu 35, Pontian, dan dikurniai beberapa orang anak lagi iaitu Amirul Afifi, Amirah Afifah, Aina Malisa dan Amir Rusdi.

Aman pula bernikah dengan Fauziah @ Intan binti Ahmad dari Sanglang, Pontian dan dikurniai anak Nurziana, Nurhisham, Nursyafik, Nurasyikin dan Nursyahmi Fikri.

Durani membawa diri ke Singapura, kemudian ke Pontian, Johor. Di Pontian inilah Durani bernikah dengan ibu saya, Sapiah binti Haji Abdul Manap bin Haji Ismail anak ketua kampung di Kampung Sawah. Haji Abdul Manap bin Haji Ismail ini adalah orang banjar dari Tanjung Karang, Selangor. Keluarganya kini ada di sekitar Tanjung Karang, Bukit Kuching, Sungai Buluh, Klang, Sijangkang, Banting di Selangor.

Perkahwinan Durani dan Sapiah dikurniai empat anak iaitu Kamariah (1965), Rugayah (1969), Abd Rahim(1971) dan Robiah (1974).
Kamariah menikah dengan Azman bin Jibun dan dikurniai anak perempuan bernama Amalina. Kedua-dua Kamariah dan suaminya telah meninggal dunia tahun 1990'an.

Rugayah menikah dengan Mohd Anuar bin Mohd Amdzah dan dikurniai anak-anak bernama Nur Ain Aqila, Nur Ain Raihanah, Mohd Aiman Lutfi, Nur Ain Maisarah, Mohd Aidil Amsyar

Saya, Abd Rahim menikah dengan Nor Zaharidah binti Mohd Noor bin Haji Jais. Ibu mertua saya, Rokiah @ Zarehan binti Sudin bin Wahab, orang minang dari Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Mertua saya ini, ibunya bernama Hafsah @ Itang binti Bador, neneknya bernama Abbah binti Mohd Yakim, moyangnya bernama Sa'ini. Sa'ini dikhabarkan adalah antara waris keturunan (anak/cucu?) dari Tok Siamang Gagap iaitu Kahar bin Mukmin, Orang Besar Istana Seri Menanti zaman Yamtuan Radin, Yamtuan Antah hingga Yamtuan Muhammad, sekitar 1840an-1880. Memimpin angkatan perang Seri Menanti semasa perang Bukit Putus menentang penjajahan Inggeris tahun sekitar tahun 1876.
Andai ada anak cucu waris benih keturunan Tok Siamang Gagap, Kahar bin Mukmin membaca blog ini, silalah berhubung dengan saya untuk bersilaturrahim, bi'iznilLah.
Hasil perkahwinan saya ini dikurniai setakat ini tiga orang cahayamata iaitu N.A. Qistina (2004), M.A. Mirza (2006) dan N.A. Qaisara (2008), AlhamdulilLah...

Sekian dahulu, wassalam
ibnutamin




2 comments:

chemphg70 said...

Kami adalah keturunan dari Dato' Siamang Gagap di Pahang. Bolehlah e mel di chemphg70@gmail.com. Saya juga sedang menyiapkan salasilah keluarga.

Norazlan Abd. Rahman

Mohamad Zulfazdlee said...

Assalamualaikum,

Saya ada berita nak beritahu. Haji Othman yang ada di Parit Berayang masih ada lagi di kampung tersebut. Bagaimanapun, beliau agak uzur sedikit disebabkan usianya semakin tua. Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan cucu kepada Haji Othman.

Sekian.

Yang Benar,

MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI
chotadonukm@gmail.com