Friday, September 11, 2009

Keluarga Sebelah Ibuku Di Sijangkang, Bukit Kuching, Jeram, Selangor, Batang Berjuntai dan Johor

Pada tahun 1918 satu rombongan orang banjar yang diketuai oleh Abdul Manaf bin Ismail dari daerah sekitar Rantau, Banjarmasin telah sampai di pelabuhan di Klang. Mereka kemudiannya telah membuka perkampungan di sekitar Sijangkang, Banting, Selangor. Sebahagian mereka membuka kebun di Jeram, Kuala Selangor, Bukit Kuching, Sg. Buluh, Batang Berjuntai...

Pada tahun sekitar 1926/27 beberapa keluarga dari kumpulan ini telah berhijrah lagi ke Johor. Dari Kelang mereka terlebih dahulu ke Deli kemudian memasuki Johor melalui Kukup ke Pontian Kecil lalu membuka perkampungan di sekitar Pengkalan Raja, Pekan Nanas. Ketika itu penghulu di kawasan ini ialah Penghulu Sabtu.

Dari Pengkalan Raja ini pada tahun sekitar 1932 mereka membuka perkampungan lagi dan mula menanam padi lalu kampung ini dinamai Kampung Sawah sekitar tahun 1937.

Sebagai ketua rombongan ini Abdul Manaf bin Ismail telah dilantik sebagai ketua Kampung Sawah yang pertama. Antara ahli rombongan dari daerah sekitar Rantau, Banjarmasin ialah

1.Mohamad bin Kihit , di kampung asal di Rantau, Banjarmasin dipanggil Kunjau bin Kihit, ketika merantau ke Tanah Melayu tahun 1918 ada 2 adik-beradiknya yang tinggal di daerah Rantau, Banjarmasin. Meninggal dunia awal tahun 1963/64. Isterinya bernama hajjah Zaleha @ Jamrah binti Ahmad.
Anak-anak bernama Aman, Apar, Muhammad Noor, Yusuf, Haron.

2.Syukur bin Jaruk. Meninggal dunia tahun sekitar 1930 ketika berumur 30an asbab tertimpa pokok ketika membuka hutan. Isterinya bernama Halimah. Anak-anak bernama Murad, Baharom.

3.Rais bin Muhammad Noor (Nenek Wan) sepupu Abdul Manap. Meninggal tahun 1964/65 ketika berumur lewat 60an. Isteri bernama Juriah binti Abdullah.

4.Dadas @ Dasri bin Muhammad Noor. Meninggal tahun 2008.
5.Ibas @ Basri bin Muhammad Noor

6.Ismail bin Syukur, meninggal dunia tahun 1968 ketika berumur 68 tahun. Isterinya Halimah binti haji Hussin
7.dan adiknya bernama Kachil bin Syukur, meninggal dunia tahun 1962. Isterinya Masturah binti Jantrak (sepupu kepada datuk saya sebelah bapa, Tamin bin Marin bin Julak).

Haji Ismail bin Syukur ini meninggal dunia tahun 1968 ketika berumur 68 tahun. Beliau adalah imam pertama mesjid di Kg. Sawah. Haji Ismail ini ada biras yang bernama Dahlan bin Yusuf dan Mansur bin Hudari.
Dahlan mengkahwini Saadiah binti haji Hussin, manakala Mansur mengkahwini Maimunah binti haji Hussin.

Mereka semua ini adalah mempunyai tali persaudaraan semenjak di tanah banjar lagi.

Datuk saya sebelah ibu ini Haji Abdul Manaf bin Ismail, meninggal dunia tahun 1969 dan isterinya Hajjah Saniah @ Hamiah binti Zakaria, meninggal dunia tahun 1990an. Mereka mempunyai beberapa anak iaitu Mat Jais, Badariah, Basri, Diyang Ramlah, Osman, Fatimah, Rosnah, Sapiah, Muhammad, Bakyah dan Kalsom.

Kini kaum keluarga Haji Abdul Manaf bin Ismail ini bertaburan terutamanya di Selangor dan Johor. Di Selangor, di sekitar Sijangkang iaitu keluarga:

1.Haji Juraij bin Baharom bin Syukur bin Jaruk
2.Wak Dadas bin Muhammad Noor, sepupu Abdul Manap
3.Ibas bin Muhammad Noor , sepupu Abdul Manap
4.Haji Mahmud bin Yusuf di Bukit Kucing, Sg. Buluh, Kuala Selangor, adiknya Bosran @ Utuh Kallang bin Yusuf di Johor Baharu, imam masjid UTM Skudai, anak kepada Diyang Ramlah binti Abdul Manap
5.Basuni bin Zakaria di Batang Berjuntai, ipar kepada Abdul Manap
6.Ismail bin Murad bin Syukur bin Jaruk, di Kg. Sawah
7.Sahak bin Mohammad Noor bin Mohammad @ Kunjau bin Kihit, di Kg. Sawah
8.Zulkifli bin Mohammad Noor bin Mohammad @ Kunjau bin Kihit, di Ampang, Selangor, seorang jutawan usahawan jus jenama tribulus yang terkenal itu
9.Shazali bin Shahdan bin Basri bin Abdul Manap bin Ismail, menjadi stokis May First di Banting, Selangor
10.Sepupu Abdul Manap iaitu Sulaiman dan Sabran yang tinggal di Cenderung Balai, Perak, Pt.1, Kampung Bil, belakang Balai Polis Labu Kubong, Sulaiman ini dulunya bekerja sebagai jaga kapal korek...
11.Rosnah binti Yusuf, Dimah binti Yusuf di Bukit Kucing, Selangor. Adalah cucu kepada Abdul Manap dari anak perempuannya Diyang Ramlah binti Abdul Manap.

Nenek saya Hajjah Saniah @ Hamiah binti Zakaria itu mempunyai beberapa adik-beradik iaitu Basunik, Nusik @ Sanusik? , Sariah. Mereka ini dari Tanjung Karang, Selangor. Sepengetahuan saya Basunik ada anak bernama Hamid manakala Sariah ada anak bernama Imran dan cucu bernama Daud.

Ibu saya Hajjah Sapiah binti Haji Abdul Manaf lahir bulan April, 1941 di kampung Sawah.

Adalah diharafkan bagi saudara/i yang mengenali keluarga-keluarga ini sudilah berhubung dengan saya dialamat email ibnutamin@yahoo.com , hp 013-7376958, 07-699 6044,
07-699 3220 untuk menghubung silaturrahim juga untuk menambah info di blog ini, insyaAllah.

terima kasih, wassalam
utoh ahem

1 comment:

Andin Salleh said...

Salam,

Saya tertarik dengan usaha sdr untuk keluarga di Banjardan Tungkal.

Saya orang Banjar, berasal dari Bukit Kuching, tapi mungkin tidak ada kaitan dengan keluarga saudara, kerana datuk dan nenek (sebelah ayah) berasal dari Barabai.

Jemput berkunjung ke blog saya: http://kulaan-banjar.blogspot.com