Saturday, September 26, 2009

Gambar Nenekku Hajjah Jamahori Binti Hj. Hashim dan anak-anaknya

Bismillahirrahmanirrahim, salam sejahtera, berikut gambar yang berjaya saya dapatkan ketika berziarah ke rumah bapa saudaraku di Marine Parade, Singapura pada hari Sabtu, 26/09/2009 yang baru lalu...

Gambar Nenekku, Allahyarhamah Hajjah Jamahori @ Jamhoriah binti Haji Hashim. Dilahirkan di Kuala Tungkal dipercayai sekitar Sungai Saren, Parit IV, Tungkal atau Desa Pangkal Duri??? atau Bram Itam??? dan meninggal dunia di Singapura, umur sekitar 70, tahun 1974.
Dikhabarkan wajah nenekku ini tak banyak berubah dari sejak muda belia sehingga ke akhir hayatnya, Al-Fatehah...
Nenekku bersama cucunya Bustaman anak kpd Esah binti Tamin
Gambar ibu saudaraku, Allahyarhamah Hajjah Esah binti Tamin, dilahirkan di Parit Berayang, Batu Pahat sekitar tahun 1930 dan meninggal dunia sekitar tahun 1986/87, umur awal 50an. Al-Fatehah...

Gambar bapaku, Allahyarham Durani bin Tamin, dilahirkan di Parit Berayang, Batu Pahat sekitar tahun 1933 dan meninggal dunia sekitar tahun 1993 dan dimakamkan di Kg. Sawah, Pekan Nanas, umur sekitar 60 tahun. Al-Fatehah...

Di atas ini gambar bapa saudaraku, Haji Muhammad bin Tamin. Dilahirkan di Parit Berayang, Batu Pahat, 21/01/1940. Kini tinggal di Marine Parade, Singapura. Di sebelah ini gambar saya bersama beliau semasa saya berziarah ke rumahnya pada hari sabtu, 26/09/2009 yang baru lalu.


Gambar ibuku Hajjah Sapiah binti Haji Abdul Manap bersama mak cik Hajjah Asnah binti Salim serta isteriku dan anak-anakku di rumah sepupuku Maslina binti Muhammad Tamin di Marine Parade, Singapura,

Sabtu, 26/09/09.
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Sunday, September 13, 2009

Gambar Keluarga haji Abdul Manap bin Ismail (3)

Gambar Utuh Kallang iaitu haji Bosran bin Yusuf, cucu datuk saya dari anak perempuannya Diyang Ramlah binti Abdul Manap, lahir di Bukit Kucing, Selangor.
Kini bersara dari jawatan imam mesjid UTM, Skudai, menetap di No. 43, jalan 21, taman Teratai, Skudai, johor.
yang duduk tu sepupunya Abdul Rahman bin Mohamad Noor dan Mohamad Sahak bin Mohamad Noor bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit
Gambar nenek wan binik, hajjah Juriah binti Abdullah iaitu isteri kepada haji Rais bin Muhammad Noor, sepupu kepada datuk saya haji Abdul Manap bin Ismail.
yang tengah tu ? , maaf saya belum tahu...
Kanan tu nenek saya hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria


Yang bawah ni gambar nenek gunung binik, hajjah Zaleha @ Jamrah binti Ahmad di majlis perkahwinan cucunya Munah binti Aman @ Apar @ pak Idan, dengan Ismail dari Selangor tahun 1970an. Ismail kini bekerja dengan bahagian pelajar Malaysia di Mesir .

Gambar Keluarga haji Abdul Manap bin Ismail (2)

Di atas ini gambar nenekku hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria dan nenek saudara belah bapa hajjah Masturah binti Jantrak.












Disebelah ini gambar nenek gunung binik iaitu hajjah Zaleha @ Jamrah binti Ahmad iaitu isteri kepada haji Mohamad @ Kunjau bin Kihit, salah seorang pembuka asal Kampung Sawah.
Orang lelaki tua itu nenek Intan lakik @ nenek gondol ngarannya haji Anang Shukri , besan kepada Mohammad Noor bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit. yang bersongkok itu Apar @ Aman bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit, dipanggil Pak Idan.

Gambar yang agak kabur dibawah ini ialah gambar adik-beradik nenek saya hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria di Tanjung Karang, Selangor
Dari kiri Sariah, Basunik, Haji Zakaria, isterinya, menantunya dan Nusik











Disebelah ini gambar ibu saya, hajjah Sapiah binti haji Abdul Manap dan kakaknya hajjah Rosnah binti haji Abdul Manap.



Gambar Keluarga Datukku Abdul Manap bin Ismail (1)


Salam, Alhamdulillah,

Yang pertama ini adalah gambar datukku sebelah ibuku, haji Abdul Manap bin haji Ismail, ketua kampung pertama Kg. Sawah, Pekan Nanas, Johor.




Di sebelah ini gambar nenekku hajjah Saniah @ Hamiah binti haji Zakaria dari Tanjung Karang, Kuala Selangor. Keturunan adik-beradiknya iaitu nenek sunik @ Barsunik, nusik @ Sanusi, Sariah dikhabarkan masih ada di sekitar Kuala Selangor.

Yang kedua ini adalah gambar pak imam pertama mesjid Kg. Sawah yang sama-sama merantau dari sekitar Rantau, Banjarmasin ke Tanah Melayu tahun 1918. Duduk didepan haji Ismail bin Syukur dan isteri hajjah Halimah binti Hussin. Belakang dari kiri hajjah Maimunah binti Hussin, suaminya haji Mansur bin Hudari, haji Dahlan bin Yusuf, isterinya hajjah Saadiah binti Hussin.

Ini gambar nenek gunung iaitu haji Mohamad @ Kunjau bin Kihit, peneroka asal Kg. Sawah bersama-sama datuk saya tahun sekitar awal 1930an.










Gambar ketiga diatas adalah generasi kedua Kg. Sawah.
Duduk depan dari kiri, haji Sapri bin Abdul Jalil, haji Jastan (imam ke 3), datuk saya haji Abdul Manap bin Ismail, ? , haji Mat Yatim. Berdiri belakang dari kiri, ? , Ismail bin Murad bin Shukur bin Jaruk, Mohamad Noor bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit, Abdul Rahim bin Belondero, Yusuf bin Mohamad @ Kunjau bin Kihit, Utuh Buntil (imam ke 2)


Gambar haji Juraij bin Baharom bin Shukur bin Jaruk, berdiri 2 dari kiri, kini menetap di Sijangkang berdepan rumah haji Haron.

Gambar keluarga Tamin bin Marin (2)

Gambar di atas ini baru saya jumpa malam tadi, 2/10/09 bersama-sama gambar ukuran passport bapa saya, harus gambar diatas adalah gambar keluarga nenek saya Jamahori @ Jamhoriah binti haji Hashim di Sungai Saren, parit IV, Tungkal @ Desa Pangkal Duri @ Bram Itam, Tungkal???

Gambar di sebelah ini, bapa saya Durani bin Tamin dihari perkahwinan kakak saya Kamariah binti Durani dengan Azman bin Jibun.

Yang dibawah adalah gambar pak cik saya Muhammad bin Tamin dan seurang saudara mereka.
Ngarannya saya belum tahu...











Gambar Keluarga Datukku Tamin bin Marin (1)

Salam, Alhamdulillah
Berikut adalah beberapa gambar keluarga keturunan datukku sebelah bapa, Tamin bin Marin bin Julak .
Yang pertama itu gambar keluarga Esah bin Tamin dan suaminya Khosni bin Arsyad serta anak-anak mereka (belakang dari kiri) Hasbullah, Shohaimi, Bustamam dan Shafie. Didepan duduk menantu mereka, yang berdiri itu anak angkat mereka (anak dari 2 pupu Esah iaitu Asiah binti Kachil @ Sulaiman) yang bernama Manis.
Yang kedua gambar ketika keluarga Esah menziarahi keluarga bapa saya Durani bin Tamin awal tahun 1980an. Dari kiri, Durani, Khosni, Faridah, ibu saya safiah, Esah, Nenek Inang, nenek saya Hamiah, Kamariah, Rugayah. Di depan Shafie, ? , Hasbullah, Robiah, Shariah, hujung sekali ulunlah.
Yang ketiga ini gambar ketika Esah binti Durani dan isteri adiknya Muhamad bin Tamin iaitu Hasnah binti Salim ke Kg. Sawah meraikan perkahwinan babuahan, cucu kepada nenek gunung atau namanya Mohamad @ Kunjau bin Kihit akhir tahun 1970an iaitu Munah binti Aman (dipanggil apar atau pak idan). Kanak-kanak itu adalah sepupu-sepupu saya Masran, Masri dan Masron bin Muhamad bin Tamin. Di atas ini gambar bapa saudara saya, Muhammad bin Tamin yang tinggal di Marine Parade, Singapura. Bersama-sama anak-anaknya, Masran, Masri, Maslina dan pasangan masing-masing dan cucu-cucunya.

Gambar di atas ini, ketika ziarah anak-anak emak saudara saya, Esah binti Tamin, Shafie dan Shohaimi Hj. Khosni ke rumah Muhammad bin Tamin













Yang ini gambar sepupu datuk saya Masturah binti Jantrak yang bertanggungjawab menjodohkan bapa saya dengan ibu saya, awal tahun 1960an. Gambar ini ketika majlis pertunangan kakak saya Rugayah binti Durani (belakang). Depan sebelah kiri Sepupu saya Shahriah binti Abdul Karim anak kepada Kalsom binti Abdul Manap. Sebelah kanan adik saya Robiah binti Durani.
Gambar lain akan ditambah kemudian, insyaAllah

Friday, September 11, 2009

Keluarga Sebelah Ibuku Di Sijangkang, Bukit Kuching, Jeram, Selangor, Batang Berjuntai dan Johor

Pada tahun 1918 satu rombongan orang banjar yang diketuai oleh Abdul Manaf bin Ismail dari daerah sekitar Rantau, Banjarmasin telah sampai di pelabuhan di Klang. Mereka kemudiannya telah membuka perkampungan di sekitar Sijangkang, Banting, Selangor. Sebahagian mereka membuka kebun di Jeram, Kuala Selangor, Bukit Kuching, Sg. Buluh, Batang Berjuntai...

Pada tahun sekitar 1926/27 beberapa keluarga dari kumpulan ini telah berhijrah lagi ke Johor. Dari Kelang mereka terlebih dahulu ke Deli kemudian memasuki Johor melalui Kukup ke Pontian Kecil lalu membuka perkampungan di sekitar Pengkalan Raja, Pekan Nanas. Ketika itu penghulu di kawasan ini ialah Penghulu Sabtu.

Dari Pengkalan Raja ini pada tahun sekitar 1932 mereka membuka perkampungan lagi dan mula menanam padi lalu kampung ini dinamai Kampung Sawah sekitar tahun 1937.

Sebagai ketua rombongan ini Abdul Manaf bin Ismail telah dilantik sebagai ketua Kampung Sawah yang pertama. Antara ahli rombongan dari daerah sekitar Rantau, Banjarmasin ialah

1.Mohamad bin Kihit , di kampung asal di Rantau, Banjarmasin dipanggil Kunjau bin Kihit, ketika merantau ke Tanah Melayu tahun 1918 ada 2 adik-beradiknya yang tinggal di daerah Rantau, Banjarmasin. Meninggal dunia awal tahun 1963/64. Isterinya bernama hajjah Zaleha @ Jamrah binti Ahmad.
Anak-anak bernama Aman, Apar, Muhammad Noor, Yusuf, Haron.

2.Syukur bin Jaruk. Meninggal dunia tahun sekitar 1930 ketika berumur 30an asbab tertimpa pokok ketika membuka hutan. Isterinya bernama Halimah. Anak-anak bernama Murad, Baharom.

3.Rais bin Muhammad Noor (Nenek Wan) sepupu Abdul Manap. Meninggal tahun 1964/65 ketika berumur lewat 60an. Isteri bernama Juriah binti Abdullah.

4.Dadas @ Dasri bin Muhammad Noor. Meninggal tahun 2008.
5.Ibas @ Basri bin Muhammad Noor

6.Ismail bin Syukur, meninggal dunia tahun 1968 ketika berumur 68 tahun. Isterinya Halimah binti haji Hussin
7.dan adiknya bernama Kachil bin Syukur, meninggal dunia tahun 1962. Isterinya Masturah binti Jantrak (sepupu kepada datuk saya sebelah bapa, Tamin bin Marin bin Julak).

Haji Ismail bin Syukur ini meninggal dunia tahun 1968 ketika berumur 68 tahun. Beliau adalah imam pertama mesjid di Kg. Sawah. Haji Ismail ini ada biras yang bernama Dahlan bin Yusuf dan Mansur bin Hudari.
Dahlan mengkahwini Saadiah binti haji Hussin, manakala Mansur mengkahwini Maimunah binti haji Hussin.

Mereka semua ini adalah mempunyai tali persaudaraan semenjak di tanah banjar lagi.

Datuk saya sebelah ibu ini Haji Abdul Manaf bin Ismail, meninggal dunia tahun 1969 dan isterinya Hajjah Saniah @ Hamiah binti Zakaria, meninggal dunia tahun 1990an. Mereka mempunyai beberapa anak iaitu Mat Jais, Badariah, Basri, Diyang Ramlah, Osman, Fatimah, Rosnah, Sapiah, Muhammad, Bakyah dan Kalsom.

Kini kaum keluarga Haji Abdul Manaf bin Ismail ini bertaburan terutamanya di Selangor dan Johor. Di Selangor, di sekitar Sijangkang iaitu keluarga:

1.Haji Juraij bin Baharom bin Syukur bin Jaruk
2.Wak Dadas bin Muhammad Noor, sepupu Abdul Manap
3.Ibas bin Muhammad Noor , sepupu Abdul Manap
4.Haji Mahmud bin Yusuf di Bukit Kucing, Sg. Buluh, Kuala Selangor, adiknya Bosran @ Utuh Kallang bin Yusuf di Johor Baharu, imam masjid UTM Skudai, anak kepada Diyang Ramlah binti Abdul Manap
5.Basuni bin Zakaria di Batang Berjuntai, ipar kepada Abdul Manap
6.Ismail bin Murad bin Syukur bin Jaruk, di Kg. Sawah
7.Sahak bin Mohammad Noor bin Mohammad @ Kunjau bin Kihit, di Kg. Sawah
8.Zulkifli bin Mohammad Noor bin Mohammad @ Kunjau bin Kihit, di Ampang, Selangor, seorang jutawan usahawan jus jenama tribulus yang terkenal itu
9.Shazali bin Shahdan bin Basri bin Abdul Manap bin Ismail, menjadi stokis May First di Banting, Selangor
10.Sepupu Abdul Manap iaitu Sulaiman dan Sabran yang tinggal di Cenderung Balai, Perak, Pt.1, Kampung Bil, belakang Balai Polis Labu Kubong, Sulaiman ini dulunya bekerja sebagai jaga kapal korek...
11.Rosnah binti Yusuf, Dimah binti Yusuf di Bukit Kucing, Selangor. Adalah cucu kepada Abdul Manap dari anak perempuannya Diyang Ramlah binti Abdul Manap.

Nenek saya Hajjah Saniah @ Hamiah binti Zakaria itu mempunyai beberapa adik-beradik iaitu Basunik, Nusik @ Sanusik? , Sariah. Mereka ini dari Tanjung Karang, Selangor. Sepengetahuan saya Basunik ada anak bernama Hamid manakala Sariah ada anak bernama Imran dan cucu bernama Daud.

Ibu saya Hajjah Sapiah binti Haji Abdul Manaf lahir bulan April, 1941 di kampung Sawah.

Adalah diharafkan bagi saudara/i yang mengenali keluarga-keluarga ini sudilah berhubung dengan saya dialamat email ibnutamin@yahoo.com , hp 013-7376958, 07-699 6044,
07-699 3220 untuk menghubung silaturrahim juga untuk menambah info di blog ini, insyaAllah.

terima kasih, wassalam
utoh ahem

Thursday, September 4, 2008

Kampung Sungai Setanggok

Salam,
AlhamdulilLah hari ini saya dapat maklumat terbaru ihsan dari julak inul cindul dari Parit Gabis, Bagan Serai. Kemungkinan kampung yang dimaksudkan tempat bermukim keluarga Tamin di daerah Kerian, Perak itu adalah kampung Sungai Setanggok. Abah julak inul adalah kelahiran di kampung Sungai Setanggok ini. Terima kasih julak inul...

Apabila nama kampung Sungai Setanggok ini saya khabarkan kepada bapa saudara saya, Muhammad bin Tamin di Singapura petang tadi, barulah beliau teringat...iaitu pondok kecil kediaman mereka itu. Pondok kecil itu adalah ihsan orang yang berada di kampung itu. Mungkin haji Ijam @ Ajam. Pak cik Muhammad tak ingat sangat kerana ketika bermukim di sana umurnya hanya 5/6 tahun....

Beliau ingat bahawa dari pondok kecilnya ke Sungai Gadung adalah kira-kira beberapa kilometer berjalan kaki...

Sekian dahulu, wassalam

Monday, September 1, 2008

Kisah Tamin dan Jamhori di kampung sekitar Sungai Gedung, Perak

Salam,
AlhamdulilLah dan diucapkan selamat berpuasa dan menghayati ramadhan yang penuh keberkahan

Sebagaimana ditulis pada tajuh kisahku... sekitar tahun 1942, Tamin bersama isteri Jamhori binti Haji Hashim serta anak-anaknya Rahmah (dan suami Mukhtar) , Esah, Durani dan Muhammad telah berhijrah dari Parit Berayang, Batu Pahat ke kampung di sekitar Sungai Gadung, daerah Kerian, Perak iaitu arah ke Semanggol, kerana bertani menanam padi. Nama sebenar kampung itu saya belum dapat maklumat...apakah ada perkampungan parit ampat, di kawasan ini...

"maklumat terbaru yang saya terima ihsan dari julak inul cindul dari parit gabis, bagan serai kemungkinan kampung yang saya maksudkan ialah kampung sungai setanggok, sungai gedung....kerana abahnya kelahiran di kampung ini..."

Di sini mereka telah dibantu oleh keluarga Haji Ajam @ Ijam. Namun saya rasa nama ini adalah nama panggilan sahaja di kampung sekitar Sungai Gadung itu (maklumat terbaru harus kampung Sungai Setanggok). Maklumat terkini yang saya perolehi ada satu keluarga lagi yang berbudi dan bermurah hati membantu keluarga Tamin ini semasa mereka di kampung ini adalah keluarga Pak Haji Kachil.

Keluarga Tamin ini bermukim di kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung ini sekitar antara tahun 1942 sehingga tahun 1947 iaitu hanya kira-kira 5 tahun. Mereka bertani menanam padi dan lain-lain kerja kampung. Dan oleh kerana Tamin ini ketika itu sedikit sebanyak pandai membaca dan menulis maka beliau antara yang diharafkan oleh kalangan penduduk kampung tersebut yang memerlukan bantuannya seadanya. Manakala nenek saya Jamhori binti Haji Hashim ini pandai mengaji al-Qur'an. Maka selain mengerjakan tanah sawah 'sekangkang kera' milik mereka, nenek Jamhori juga mengajar anak-anak kampung di kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung ini mengaji al-Qur'an iaitu sekitar antara tahun 1942 sehingga 1947.

Dengan ini sekiranya ada orang-orang tua kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung yang pernah belajar mengaji al-Qur'an dengan nenek Jamhori ini semasa zaman kanak-kanak mereka dan pernah berkawan dengan Esah, Durani dan Muhammad, harus dapat saya bersilaturrahim dengan mereka, dan mendapatkan maklumat mengenai keluarga Haji Ajam dan Haji Kachil serta mendapatkan maklumat dimana datuk saya Tamin dikuburkan, kerana Tamin ini meninggal dunia di kampung sekitar Sungai Gadung tersebut sekitar tahun 1945/1946.

Setelah Tamin meninggal dunia, Jamhori menyara anak-anaknya dengan menjual beras cupak di tepi jalan arah ke Semanggol, di Sungai Gadung sehingga sekitar tahun 1947 dimana beliau sekeluarga kembali semula berpindah ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor. Dikhabarkan tanah sawah 'sekangkang kera' milik mereka diserahkan kepada keluarga Haji Kachil untuk mengerjakannya. Manakala anak tirinya Rahmah dan suami Mukthar serta anak perempuan mereka balik semula ke Banua Banjar...

Harapan saya jika para pengunjung blog ini yang masih mempunyai keluarga yang tua di Kampung Sungai Setanggok, Sungai Gadung arah ke Semanggol, Kerian, Perak ini, sudilah kiranya menanya-nanyakan berkenaan Tamin dan isterinya Jamhori ini, dapatlah kita menyambung silaturrahim, biiznilLah

Dan dapatlah kiranya menghubungi saya di ibnutamin@yahoo.com atau hp: 013-7376958 atau 07-6996044 (pej.) , sekiranya mendapat maklumat mengenai mereka, dan di atas usaha tuan/puan ini muga dirahmatiNya dan dipermudahkan, insyaAllah

Sekian dahulu, wassalam

Sunday, August 31, 2008

Salasilah Keturunan Tamin di Malaysia dan Singapura

Assalamu'alaikum,
Disini saya menyambung akan salasilah keturunan datuk saya Tamin bin Marin yang ada di Malaysia dan Singapura yang saya tahu.

Sebagaimana diketahui dari tulisan saya pada tajuk kisah ku, Tamin semasa merantau ke Batu Pahat, Johor turut membawa anak sulungnya Rahmah dan menantunya Mukhtar. Rahmah ini dari isteri pertama Tamin yang ditinggalkan di Banua Banjar bersama anaknya yang lain. Maklumat terkini yang saya perolehi adalah samada dari daerah Kandangan atau daerah Rantau, Kalimantan

Sebelum ke Batu Pahat mereka singgah ke Kuala Tungkal dimana Tamin telah menikahi Jamahori @ Jamhoriah @ Jamania binti Haji Hashim. Seterusnya meneruskan perantauan ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor

Hasil perkahwinan Tamin dan Jamhori ini telah melahirkan Basri dipanggil Babas meninggal dunia ketika bayi/kecil, Esah, Durani, Muhammad. Kisah perantauan Tamin ke Perak telah ditulis pada tajuk kisah ku, pada tajuk ini saya akan terus saja menulis berkenaan anak-anak dan cucu-cucunya sahaja yang ada di Malaysia dan Singapura.

Setelah Tamin meninggal dunia di kampung sekitar Sungai Gadung, jalan arah ke Semanggol, Kerian, Perak, iaitu tahun 1945/46, maka pada tahun 1947 , nenek Jamhori bersama anak-anaknya Esah, Durani dan Muhammad berpindah semula ke Parit Berayang, Batu Pahat, Johor.

Manakala anak tiri Jamhori iaitu Rahmah dan suaminya Mukhtar serta anak perempuan mereka yang lahir tahun 1942/43 telah kembali semula ke Banua Banjar, di daerah Kandangan...

Esah atas nasihat cucu kepada Haji Mukhtar disuruh untuk belajar menjahit di Singapura pada tahun 1950.

Haji Mukhtar ini adalah orang alim yang turut terlibat dalam penyediaan para ahli sabil selendang merah keturunan banjar yang dipimpin oleh Panglima Salleh, dalam perang ke atas pengganas kominis di Batu Pahat sekitar tahun selepas perang Jepun. Terkini cucu haji Mukhtar ini iaitu encik Fakri aktif dalam menjejaki salasilah keluarganya di Malaysia, Sumatera dan Banua Banjar...

Di Singapura inilah, Mak Cik Esah menikah dengan Encik Khoshni bin Arsyad yang asal dari Tembilahan. Perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Bustamam, Hasbullah, Syafie dan Suhaimi. Kesemua mereka adalah warganegara Singapura. Pada tulisan akan datang akan dimuatkan cucu-cicit Tamin daripada anaknya Esah ini, insyaAllah

Muhammad pula atas nasihat seorang cikgunya di Batu Pahat, disuruh menyambung belajar ke Singapura tahun 1953. Di Singapura ini Muhammad bertemu jodoh dengan Asnah binti Salim bin Osman, orang boyan. Perkahwinan mereka dikurniai empat anak iaitu Masran, Masri, Masron dan Maslina. Mereka juga ada mengambil anak angkat iaitu Rokiah binti Muhammad. Kesemua mereka adalah warganegara Singapura. Pada tulisan akan datang akan dimuatkan cucu-cicit Tamin daripada anaknya Muhammad ini, insyaAllah

Nenek Jamahori kemudiannya berhijrah mengikuti anaknya Esah di Singapura, dan meninggal dunia di Singapura tahun 1974/75.

Manakala Durani telah menikah dengan Khatijah binti Basri dan terus menetap mengerjakan kebun di Parit Berayang. Di Parit Berayang, Parit Jatuh, Batu Pahat ini Durani ada seorang guru agama bernama Haji Othman, semasa artikel ini ditulis, 24/09/09 masih ada di Parit Berayang, Batu Pahat. Perkahwinan mereka ini dikurniakan empat anak iaitu Abdul Rahman (1953), Habibah, Ahmad (1958) dan Aman. Namun, mereka telah bercerai sekitar tahun 1961/62.

Abdul Rahman menikah dengan Saniah binti Haji Rahmat bin Haji Kadri Bin Haji Manaf, dari asal dari Parit Tabur, Parit Khalid, Mukim 6, Batu Pahat kemudian pindah ke Felda Sungai Sayong. Dan dikurniai empat anak iaitu Khairil Anuar, Khairizan, Khairuddin dan Khairil Izuan.

Habibah menikah dengan Bedu Rahman bin Sulaiman, dikurniai empat anak iaitu Azman, Norlida, Azlan dan Azura.

Ahmad menikah dengan Fatimah binti Hasyim, dikurniai tiga anak iaitu Saiful Akram, Shamsul Idham dan Shahrul Izrin. Namun, mereka bercerai beberapa tahun setelah kelahiran Izrin.
Ahmad bernikah sekali lagi dengan Fauziah binti Haji Sailin dari kampung Tenggayun, Batu 35, Pontian, dan dikurniai beberapa orang anak lagi iaitu Amirul Afifi, Amirah Afifah, Aina Malisa dan Amir Rusdi.

Aman pula bernikah dengan Fauziah @ Intan binti Ahmad dari Sanglang, Pontian dan dikurniai anak Nurziana, Nurhisham, Nursyafik, Nurasyikin dan Nursyahmi Fikri.

Durani membawa diri ke Singapura, kemudian ke Pontian, Johor. Di Pontian inilah Durani bernikah dengan ibu saya, Sapiah binti Haji Abdul Manap bin Haji Ismail anak ketua kampung di Kampung Sawah. Haji Abdul Manap bin Haji Ismail ini adalah orang banjar dari Tanjung Karang, Selangor. Keluarganya kini ada di sekitar Tanjung Karang, Bukit Kuching, Sungai Buluh, Klang, Sijangkang, Banting di Selangor.

Perkahwinan Durani dan Sapiah dikurniai empat anak iaitu Kamariah (1965), Rugayah (1969), Abd Rahim(1971) dan Robiah (1974).
Kamariah menikah dengan Azman bin Jibun dan dikurniai anak perempuan bernama Amalina. Kedua-dua Kamariah dan suaminya telah meninggal dunia tahun 1990'an.

Rugayah menikah dengan Mohd Anuar bin Mohd Amdzah dan dikurniai anak-anak bernama Nur Ain Aqila, Nur Ain Raihanah, Mohd Aiman Lutfi, Nur Ain Maisarah, Mohd Aidil Amsyar

Saya, Abd Rahim menikah dengan Nor Zaharidah binti Mohd Noor bin Haji Jais. Ibu mertua saya, Rokiah @ Zarehan binti Sudin bin Wahab, orang minang dari Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Mertua saya ini, ibunya bernama Hafsah @ Itang binti Bador, neneknya bernama Abbah binti Mohd Yakim, moyangnya bernama Sa'ini. Sa'ini dikhabarkan adalah antara waris keturunan (anak/cucu?) dari Tok Siamang Gagap iaitu Kahar bin Mukmin, Orang Besar Istana Seri Menanti zaman Yamtuan Radin, Yamtuan Antah hingga Yamtuan Muhammad, sekitar 1840an-1880. Memimpin angkatan perang Seri Menanti semasa perang Bukit Putus menentang penjajahan Inggeris tahun sekitar tahun 1876.
Andai ada anak cucu waris benih keturunan Tok Siamang Gagap, Kahar bin Mukmin membaca blog ini, silalah berhubung dengan saya untuk bersilaturrahim, bi'iznilLah.
Hasil perkahwinan saya ini dikurniai setakat ini tiga orang cahayamata iaitu N.A. Qistina (2004), M.A. Mirza (2006) dan N.A. Qaisara (2008), AlhamdulilLah...

Sekian dahulu, wassalam
ibnutamin




Kisahku Mencari Dangsanak Paninian

BismilLahirrahmannirrahim, selawat dan salam buat rasululLah dan sekelian keluarganya serta mereka yang mengikuti mereka itu hingga akhirat...

Salam,
Nama ulun, Abd Rahim bin Durani bin Tamin bin Marin bin Julak Banjar
Ulun dilahirkan di Kampung Sawah, Pekan Nanas, Johor pada tahun 1971

Semenjak awal tahun 2008, ulun digerakkan hati untuk menjejaki babuahan dan dangsanak paninian ulun, Tamin bin Marin dan isterinya Jamahori @Jamhoriah @ Jamania binti Haji Hashim
samada di Perak, Kuala Tungkal dan Banua Banjar

Lalu ulun pun bertanya-tanyalah kepada orang-orang tua dalam keluarga di kampung yang mungkin tahu disamping memohon kepada Allah agar dipermudahkan usaha ulun ini...

Berikut ini adalah serba sedikit maklumat yang ulun dapati, sekiranya para pembaca mengenali dan mengetahui maklumat silalah menghubungi ulun di ibnutamin@yahoo.com atau hp: 013-7376958 atau telefon 07-6996044, biiznilLah

Sekitar tahun 1920, Tamin bin Marin merantau dari Banjar ke Batu Pahat bersama anak perempuan sulungnya dan menantu. Mereka meninggalkan isteri Tamin dan anak-anak lainnya di Banjar. Nama anak sulung iaitu Rahmah dan menantunya Mukhtar.

Di Banua Banjar ini yang nama desanya belum saya ketahui...namun ada kemungkinan dari daerah Kandangan atau mungkin jua daerah Rantau.
Tamin juga ada bapa saudara bernama Haji Jantrak yang dikhabarkan meninggal dunia sekitar awal tahun 1930'an iaitu setelah 6 bulan isterinya Siti Murah meninggal dunia asbab lemas. Haji Jantrak ini ada anak perempuan bernama Masturah binti Haji Jantrak yang turut merantau ke Pontian, Johor sekitar pertengahan tahun 1930'an setelah bercerai dengan suaminya iaitu Asmawi. Masturah binti haji Jantrak ini merantau ke Pontian, Johor bersama-sama orang-orang dari kampungnya di Banua Banjar termasuk sepupunya Baniah binti Haji Kachil. Baniah binti Haji Kachil (Barabai) ini ketika itu sudah bernikah dengan Siraj bin Haji Karim (Kandangan)....

Nenek Masturah binti Jantrak ini juga ada seorang sepupu lelaki yang bernama Haji Ismail yang tinggal di sekitar Kg. Rimba Terjun, Pontian. Haji Ismail ini adalah guru agama dan guru silat sendeng yang diwarisinya dari Long Mamat Sendeng, Muar.

Haji Ismail Banjar ini berkahwin dengan seorang wanita keturunan bugis, melahirkan anak lelaki bernama Kemat. Kemat ada beberapa orang anak lelaki antaranya iaitu Salleh, Ibrahim dan Ahmad Sani. Ahmad Sani bin Kemat ini adalah seorang ahli dewan ulama PAS negeri Johor dan pernah bertanding DUN Pontian dan Tanjung Piai. Kini mengajar agama khususnya tasawuf hikam, durr annafis, kasyful asrar, sirrul asrar di madrasahnya di Kg. Sawah. Ahmad Sani ini adalah anak murid bagi haji Imam Berlian bin Abdul Manam, guru tareqat Qadiriyyah di Pekan Nanas, yang diwarisi dari bapanya Abdul Manam dari gurunya Sheikh al-Nagore, yang berasal dari Nagore, India.

Haji Ismail Banjar ini juga merupakan guru silat bagi Haji Ismail bin Syukur, iaitu imam pertama dan pembuka awal Kampung Sawah, Pekan Nanas, Johor.

Akan saya tulis lagi maklumat baru jika saya peroleh pada penulisan yang akan datang, insyaAllah

Sebelum ke Batu Pahat, Tamin dan anaknya singgah ke Kuala Tungkal. Di Tungkal inilah Tamin menikah dengan Jamahori @ Jamhoriah @ Jamania binti Haji Hashim iaitu anak seorang guru agama dan juga mengajar silat yang dihormati di Kuala Tungkal ketika itu. Dipercayai sekitar Parit IV, Sungai Saren atau Desa Pangkal Duri, Tungkal

Sekitar tahun 1922, Tamin dan isteri serta anaknya Rahmah dan suaminya Mukhtar meneruskan perjalanan ke Parit Berayang, Batu Pahat. Mereka berkebun di sana dengan Haji Mahok.

Pada ketika itu mereka yang membuka kebun di kawasan itu akan berurusan dengan Haji Mahok itu.

Di Parit Berayang inilah, zuriat Tamin dilahirkan, iaitu Basri dipanggil Babas tapi meninggal dunia ketika masih bayi/kecil, Esah (1928), Durani (1933) dipanggil Dudur, Muhammad (1940). Tamin ini telah membuka kebun seluas 7 ekar dan ditanam getah.

Gambar-gambar Esah binti Tamin, Durani bin Tamin dan Muhammad bin Tamin.

Pada tahun 1942, pokok getah masih kecil. Maka Tamin sekeluarga berhijrah ke Perak iaitu sekitar Parit Ampat dan kampung sekitar Sungai Gadong, arah ke Semanggol.
Di kawasan ini dikhabarkan terdapat keluarga Tamin dari Banua Banjar (Kandangan / Rantau???) dan keluarga Jamahori dari Tungkal yang telah lama menetap di sini yang telah berhijrah sekitar tahun awal 1900'an atau lebih awal??...

Mereka bertani, menanam dan menuai padi. Disini keluarga Tamin ini dibantu dan ditolong oleh keluarga yang baik dan murah hati iaitu keluarga Haji Ijam @ Ajam. Muga Allah merahmati keluarga yang baik dan murah hati ini. Jika ada waris mereka, ingin saya berhubung silaturrahmi, biiznilLah...

Anak sulung Tamin, Rahmah dan suaminya Mukhtar tinggal di Parit Ampat, manakala Tamin dan isterinya serta 3 anaknya lagi di kampung sekitar Sungai Gadong arah ke Semanggol.

Dikhabarkan di Parit Ampat ini terdapat tanah seluas beberapa ekar atas nama Tamin bin Marin @ Maring yang sehingga hari ini diusahakan oleh sebuah keluarga yang saya tiada maklumat mengenainya. Adalah berkemungkinan diuruskan oleh keluarga Tamin atau keluarga Jamahori yang telah lama menetap disana, pada tahun 1940'an tersebut diusahakan dengan tanaman padi, waulLahu a'lam...

Dikhabarkan bahawa keluarga Tamin atau Jamhori di Parit Ampat atau di kampung sekitar Sungai Gadong, Semanggol ini, ada melahirkan anak-anak yang menjadi ustaz yang terkenal dikawasan tersebut, namun saya tiada maklumat lanjut mengenai mereka..... Pada tahun 1970'an mereka ada menziarahi Jamahori yang ketika itu Jamhori telah bermukim di Singapura. Nenek saya Jamahori meninggal dunia di Singapura tahun 1974/75.

Sekitar tahun 1945, Tamin meninggal dunia. Tinggallah balunya Jamahori menyara 3 anak dengan menjual beras cupak di tepi jalan di kampung sekitar Sungai Gadong, arah ke Semanggol dan di pekan arba?? disamping mengajar mengaji al-Qur'an kepada anak-anak kampung tersebut iaitu antara tahun 1942 hingga 1947.

Dan AlhamdulilLah walaupun agak miskin tapi Jamhori ini dihormati dikalangan penduduk kampung disana kerana mungkin mengajar mengaji qur'an kepada anak-anak penduduk disana ketika itu. Anak perempuan Jamahori iaitu Esah telah berkahwin dengan seorang pemuda banjar disana dan mendapat seorang anak.

Pada tahun 1947, dikhabarkan bahawa getah di Batu Pahat sudah boleh ditoreh, maka Jamahori dan anak-anaknya balik semula ke Parit Berayang, Batu Pahat. Suami Esah hanya ikut beberapa ketika di Parit Berayang kerana keluarganya di Banjar memanggilnya pulang. Maka bercerailah Esah dengan suaminya itu. Berkenaan anak mereka saya tiada maklumat...

Manakala Rahmah dan suaminya Mukhtar dikhabarkan pulang semula ke Banua Banjar, (daerah Kandangan / Rantau ???) lewat tahun 1940'an setelah kematian bapa mereka Tamin. Samada mereka ini ada meninggalkan zuriat di Parit Ampat tersebut, tiada saya maklumat mengenainya...hanya yang saya dikhabarkan mereka ada anak perempuan yang lahir tahun sekitar 1942/43

Sekiranya para pembaca blog ini yang mengenali atau ada maklumat mengenai Rahmah binti Tamin bin Marin bin Julak dan suaminya Mukhtar di Banua Banjar, silalah menghubungi saya, insyaAllah

Berkenaan keluarga Jamahori di Kuala Tungkal

Bapa Jamahori iaitu Haji Hashim adalah seorang guru agama yang dihormati di Kuala Tungkal tahun sekitar 1920'an. Ada kemungkinan beliau ini murid kepada Haji Abdul Rahman Siddiq al-Banjari (wafat 1939), mufti kerajaan Inderagiri yang tinggal di Sapat, ketika itu.

Haji Hashim ini mempunyai beberapa anak yang saya ada maklumat iaitu Jibrail, Natrah, Natijah, Yunus.

Jibrail dan Natrah amat pandai mengaji dan membaca ayat-ayat al-Qur'an. Namun dikhabarkan bahawa mereka telah 'ghaib' ketika kanak-kanak, tapi tidak serentak 'ghaib'nya, waulLahu a'lam...

Yunus ini pernah berkirim khabar dengan nenek saya Jamahori antara tahun 1950'an hingga 1960'an, kemudian terputus hubungan...

Jika para pembaca blog ini mengetahui akan keluarga Haji Hashim serta keturunannya di Kuala Tungkal, haraf sudilah menghubungi saya di ibnutamin@yahoo.com atau hp: 013-7376958 atau telefon 07-6996044 (pejabat) , 07-6993220 (rumah)

Adalah dikhabarkan bahawa keluarga pesirah atau pemimpin di Kuala Tungkal iaitu pesirah H.M. Tahir bin pesirah Haji Asmuni bin Saidon dan ahli keluarga lainnya seperti Haji Sadri anak kepada nenek Jamah binti Ali bin Alias turut mengenali keluarga Jamhori binti Haji Hashim diatas.

Haji Sadri kini dikhabarkan berniaga di Pekan Tembilahan.

Nenek Jamah binti Ali bin Alias ini ada adik iaitu Zainab dan Manis dan adik lelaki iaitu Abas bin Ali bin Alias. Kesemua mereka ini termasuk ibu kepada Jamah iaitu Rahmah adalah berasal dari Pontian, Johor yang kemudiannya merantau ke Parit, Perak kemudian tahun 30'an telah hijrah ke Kuala Tungkal.

Akan tetapi ayah Jamah iaitu Ali bin Alias dan adik Jamah iaitu Napiah tidak ikut ke Tungkal tapi pulang semula ke Pontian iaitu di Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian, Johor. Warisnya Abdul Rahman bin Napiah masih tinggal di Kampung Sawah ini berumur kira-kira 63 tahun

Haji Asmuni diatas adalah adik-beradik kepada Hajjah Aisyah @ Basyariah, di Parit Maimon, isteri kepada Panglima Salleh Banjar, Selempang Merah yang mengetuai perang keatas kominis di Batu Pahat selepas zaman Jepun dahulu.

Selain keluarga pesirah ini ada satu lagi keluarga yang mengenali keluarga Haji Hashim iaitu keluarga Haji Sapri bin Haji Abdul Jalil. Haji Sapri ini meninggal awal tahun 2000 di Kampung Sawah, Pekan Nanas, namun beliau ada anak perempuan yang bernama Badariah binti haji Sapri yang pernah tinggal di Thehok, Enok, suaminya penghulu Hamid B. , maklumat lanjut mengenai keluarga ini saya masih mencari, muga dipermudahkan Allah, insyaAllah...

Maklumat terkini 27/09/2009, yang saya perolehi dari Encik Sabran bin Alwi berasal dari Parit III, Kg. Nelayan, Tungkal, kini menetap di Pekan Nanas, Johor. Bahawa nenek johor @ hj. Sapri ini ada adik perempuan yang dipanggil nenek Salak binti Hj. Abdul Jalil, suaminya dipanggil tok Bilal @ Darham yang tinggal di sekitar Sungai Saren, Parit Empat, Tungkal. Anak mereka yang bernama Hamid pernah menjadi ketua RT, di Parit IV, Sungai Saren, Tungkal. Seorang lagi anak mereka bernama Samad dikhabarkan berniaga beras di pekan Kuala Tungkal. Harus juga keluarga ini mengenali keturunan moyang saya Hj. Hashim tersebut. Haji Sapri adalah nenek saudara kepada Encik Sabran tersebut di atas.

Sekian dahulu, saya akan menyambung menulis maklumat lanjut nanti, biiznilLah

Diucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa
wassalam
ibnutamin